Oh Amerika,
1. Beberapa bulan lepas, cadangannya hanya untuk membentuk no-fly zone, tetapi hari ini Gaddafi telah dibunuh.
2. Mula-mula, katanya ingin buru Osama, ke negara Iraq bunuh orang lain. Alasannya ada senjata yang bahaya, tapi jumpa ke tidak entah la. Beberapa bulan lepas, katanya Osama dah jumpa, siap ke Pakistan untuk bunuh dia. Tapi gambar sebagai bukti tidak ada la pula. Susah orang nak percaya.
3. Hantar bala tentera sendiri untuk perang sini sana. Afghanistan, Iraq, Pakistan, Libya, lepas ini negara mana pula?
4. Di negara sendiri ekonomi semakin teruk, rakyat semakin ramai tidak ada kerja. Tapi cukai tetap dikenakan, harga minyak dan barang-barang lain semakin naik. Minta pinjaman sana-sini, pinjam dari China, sedangkan Jepun yang baru kena bencana alam pun Dia pergi minta duit pinjaman. Itu pun tidak cukup, Quantity Easing (Tun Mahathir, 2011) dilakukan, dengan harapan lebih ramai akan menggunakan mata wangnya. Ke manakah duit-duit sebelum ini pergi?
5. Apa kata bawa tentera kembali. Kurangkan kos peperangan dan senjata. Kurang orang yang hilang nyawa. Ini pula, bila anggota tentera terkorban, sekeping pingat sahaja diberikan kepada keluarga. Biarlah negara lain berperang, tidak perlu menjaga tepi kain sangat hal-hal negara lain. Setiap negara ada cara pentadbiran masing-masing. Dan sekiranya pentadbiran tidak memuaskan, Insya'Allah rakyat akan bangkit dan membawa negara kembali ke arah yang lebih baik, walaupun mungkin memakan masa yang lebih lama.
5. Inilah negara Amerika, kuasa besar yang kini rasa tercabar dengan kebangkitan negara-negara lain. Caranya, menunjukkan kuasa tentera untuk menakutkan negara-negara yang mencabarnya. Dengan masalah kewangan yang dihadapi, wang yang tidak bernilai dicetak dengan lebih untuk membantu kroni-kroni. Negara-negara kecil diugut dengan senjata supaya tidak bersaing dengannya. Persoalannya, ke manakah duit yang banyak sebelum ini pergi? Perlukah mencetak duit lebih untuk menguatkan kembali ekonomi? Jika benar pun, duit yang dicetak bernilai berdasarkan apa? Emas? Perak? Atau Minyak?
6. Negara ini sememangnya berada dalam keadaan ekonomi teruk, tapi pentadbirannya menafikannya, tidak ingin menerima hakikat bahawa negara lain sedang lebih maju. Amerika kini berada dalam keadaan 'Denial'.
7. Negara ini memang menarik. Banyak pengalaman berfaedah saya telah dapat setelah 4 tahun menetap di sini. Tetapi saya sangat kesal dengan cara Amerika berfungsi dengan dunia luar. Hentikanlah kekejaman yang dilakukan secara 'halal' di negara lain. Kotakan janji yang telah diberikan. Janganlah guna alasan 'promosi demokrasi' untuk bertindak.
8. Harapan saya adalah pentadbiran negara ini cepat sedar bahawa kuat mana sesebuah empayar pun, akan tiba satu masanya untuk jatuh. Cepatlah sedar wahai Amerika, anda sendiri mengalami banyak masalah dalaman yang perlu diselesaikan dahulu untuk kepentingan rakyat.
Pandangan dan luahan pendirian sahaja.

No comments:
Post a Comment